“Kehidupan di Dunia Ini Hanya Ujian dan Penjara Bagi Orang Beriman”, Ini Maksudnya

Dunia ini hanyalah penjara bagi orang beriman. Apa maksudnya?

عن أبى هريرة قال قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم- «الدنيا سجن المؤمن وجنة الكافر»

Dari Abu Hurairah, ia berkata bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Dunia adalah penjara bagi orang beriman dan syurga bagi orang kafir.” (HR. Muslim no. 2392)

Imam Nawawi rahimahullah dalam Syarh Shahih Muslim menerangkan,

“Orang mukmin terpenjara di dunia kerana mesti menahan diri dari berbagai syahwat yang diharamkan dan dimakruhkan. Orang mukmin juga diperintah untuk melakukan ketaatan. 

Ketika ia mati, barulah ia rehat dari hal itu. Kemudian ia akan memperoleh apa yang telah Allah janjikan dengan kenikmatan dunia yang kekal, mendapati peristirahatan yang jauh dari sifat kurang.

Adapun orang kafir, dunia yang ia peroleh sedikit atau pun banyak, ketika ia meninggal dunia, ia akan mendapatkan azab (siksa) yang kekal abadi.”

Loading...

Al-Munawi rahimahullah dalam Mirqah Al-Mafatih menjelaskan,

“Dikatakan dalam penjara kerana orang mukmin terhalang untuk melakukan syahwat yang diharamkan.Sedangkan keadaan orang kafir adalah sebaliknya sehingga seakan-akan ia berada di syurga.”

Jadi bersabarlah dari maksiat dengan menahan diri. Kerana dunia ini adalah penjara bagi kita di dunia. Di akhirat kita akan peroleh balasannya.

Sumber: nasihatustazblognet

Tags: #Hidup Sementara #Malapetaka Hidup #Orang Beriman